Kalau Tak Boleh Tunai Manifesto, Sekurang-kurangnya ‘Tiru’ Cara BN, Najib Sekolahkan Maszlee, Wan Saiful

SHAH ALAM – Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang akan melaksanakan kaedah dan kadar terbaharu pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), mengundang kritikan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Najib, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya dahulu menggunakan kaedah yang lebih ‘lunak’ dalam menggalakkan peminjam membayar semula pinjaman kerana memahami beban yang perlu ditanggung golongan itu.

“Kita bagi diskaun sehingga 20 peratus untuk bayaran balik sama ada sekali gus, separa atau potongan gaji.

“Yang cemerlang, kita bagi pengecualian bayaran balik sepenuhnya. Kita galakkan mahasiswa, dan pada masa sama kita ringankan beban bayaran balik. 

“Setiap bulan peminjam PTPTN bayar balik kira-kira lebih sedikit dari RM100 dan jumlahnya juga boleh dibawa berbincang dengan PTPTN.

“Hari ini, berlipat kali ganda peminjam PTPTN kena bayar – ada yang wajib bayar melebihi RM1,200 setiap bulan. Ini bukan satu angka yang kecil,” katanya menerusi Facebook. 

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap pengumuman PTPTN semalam berhubung kaedah baru yang antara lain menyaksikan potongan gaji peminjam secara mandatori antara 2 peratus hingga 15 peratus, bermula tahun hadapan. 

Ujarnya, ketika BN menguatkuasa senarai hitam bagi yang tidak membayar hutang PTPTN dan mampu bercuti ke luar negara, ramai yang mengecam dan mengkritik langkah tersebut kerana disifatkan sebagai ‘kejam’ .

“Ketika itu kami hanya mahu menggalakkan pembayaran balik – terutamanya mereka yang mengelak. Salahkah?,” katanya.

Namun ujarnya, apa yang dilakukan oleh kerajaan PH pada hari ini ternyata lebih ‘kejam’.

“Yang konsisten bayar mengikut perjanjian pula dihukum dan dihukum teruk. 

“Dasar baru PTPTN ini juga saya difahamkan menerima bantahan daripada Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia.

“Tidak ada perbincangan dan konsultasi dibuat,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut mengkritik Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kerana ‘cakap tidak serupa bikin’ sedangkan dahulu beriya membuat janji kepada para peminjam.

“…mereka ini sejak masuk ke Kementerian Pendidikan, kerja mereka menyusahkan orang sahaja,” katanya lagi.

Dalam nada sindiran, Najib berkata jika PH tidak mampu menunaikan manifesto, sekurang-kurangnya kerajaan itu perlu menguatkuasakan perjanjian PTPTN sebagaimana di bawah kerajaan BN dahulu yang mengambil kira kemampuan. 

“Pada masa sama, galakkan sesiapa yang mampu dan ingin bayar lebih atau langsaikan pinjaman lebih awal dengan pelbagai insentif.

“Kalau dah tak boleh tunai janji manifesto atau beri pendidikan percuma, sekurang-kurangnya copy and paste apa BN buat dahulu.

“Beri perhatian, salinlah jawapan dan ambil nota jika tak faham. Baru kita boleh bagi skor 9.95 kepada ‘Menteri masih belajar’,” katanya sinis. -SuaraTv

5 thoughts on “Kalau Tak Boleh Tunai Manifesto, Sekurang-kurangnya ‘Tiru’ Cara BN, Najib Sekolahkan Maszlee, Wan Saiful

  • December 6, 2018 at 8:40 pm
    Permalink

    Busybody duk diam hangpa da bungkus??
    Nk nasihat konon…simpan je la ya??

    Reply
  • December 6, 2018 at 11:26 pm
    Permalink

    Tk sekolah tapi amanah tk rasuah?? Kalau sekolah pun rasuah pecah amanah faedah ke?? Fikir nk sindir perli org?? Kena hidung sendiri..salah silap sendiri buat2 tk tau?? Usah nk komen lah..parti korup dah?,
    PH bersih amanah tiada rasuah?,spesis korang sama je korup korup korup!!! Sedarlah diri korang semua..memalukan jengkil kotor najis?? Biar miskin hina tk curi duit rakyat?,

    Reply
  • December 6, 2018 at 11:29 pm
    Permalink

    Biar PH urus negara ini..lebih selamat …dari korang dulu?? Korup tk hbs2?? Biar tewas bermaruah… dari kalah penuh skandal??
    Sedarlah … usah busybody sgt?,

    Reply
  • December 6, 2018 at 11:32 pm
    Permalink

    Biar tk sekolah… jujur amanah… dari mcm cerdik …tapi curi samun songlap harta negara?? Mana bgs jwblah?,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.