Kalau Maszlee Tahu ‘Nilainya’ Di Mata Rakyat, Pasti Dia Dengar Lagu Linkin Park Lagi, Sindir Najib

SHAH ALAM – Kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang memberi nilai skor 9.95 daripada 10 kepada dirinya sendiri, mengundang sindiran sinis mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Maszlee nilai dirinya 9.95 daripada 10. Saudara-saudari beri dia berapa skor?,” sindir Najib.

Baru-baru ini Maszlee dalam satu temubual bersama Malaysiakini berkata, beliau tidak akan menilai dirinya sebagai seorang menteri dalam tempoh enam bulan ini, tetapi menilai dirinya sebagai seorang yang sedang belajar.

“Saya akan memberikan diri saya 9.95 daripada 10,” kata Maszlee kepada portal itu.

Bagaimanapun, Najib dalam nada sarkastik berkata, menteri itu pasti tidak akan lena tidur dan akan mendengar lagu dari band terkemuka Amerika, Linkin Park lagi jika beliau mengetahui nilainya di mata rakyat.

“Kalau dia tahu nilainya di mata rakyat, tak lena dia dan malam ini dia main lagu Linkin Park lagi,” kata Najib di Facebook, menyindir menteri itu yang baru-baru ini memuat naik lirik lagu ‘Numb’ nyanyian Linkin Park sebagai kapsyen di Instagram.

Netizen beranggapan menteri itu cuba menggambarkan dirinya yang sedang ‘tidak bersemangat’ (down) menerusi bait-bait lirik lagu itu, lantaran sering menerima pelbagai kecaman akhir-akhir ini.

Maszlee sebelum ini dikecam kerana kenyataannya berhubung pemakaian kasut dan stoking hitam di sekolah, yang digambarkan sebagai idea remeh dalam pembaharuan sistem pendidikan negara.

Beliau kemudian terus dikritik apabila menyesyorkan penggunaan kolam renang hotel untuk mengajar murid berenang.

Terbaru, kenyataannya yang memberi jaminan akan memasukkan isu 1MDN dalam sejarah Malaysia mengundang kritikan hebat pelbagai pihak. Namun Maszlee menyalahkan media dan mendakwa media ‘salah petik’ kenyataan beliau.

“Maszlee juga kata dia seorang yang sedang belajar.

“Kasut, stokin dan renang. Apa sebenarnya yang dia belajar dan siapa gurunya?

“Tidak mengapalah, dibayar gaji berpuluh-puluh ribu sebulan untuk belajar, siapa tak nak dan apa salahnya? Selesa.

“Sampai hari ini kita tidak tahu apa sumbangan positif dia kepada sistem pendidikan, ibu bapa, pelajar, mahasiswa.

“Tapi memang baiklah kalau sudi belajar, Maszlee. Insya-Allah ada masa kita akan beri pendapat dan cadangan,” sindir Najib lagi. -SuaraTv 

11 thoughts on “Kalau Maszlee Tahu ‘Nilainya’ Di Mata Rakyat, Pasti Dia Dengar Lagu Linkin Park Lagi, Sindir Najib

  • December 6, 2018 at 3:47 pm
    Permalink

    Sedarlah diri awak yg byk kes?? Salah org nmpk..salah sendiri ribu juta ghaib???, yg bolih sindir curi tu je pandai?? Bengap tk sedar diri..!! PH kerajaan..siap2 lah kalau bolih tepis…jgn tk tertepis masuk dalam lah ya..!! PH amanah tiada rasuah..!!! Usah busybody lah…sedar diri ya!!!

    Reply
  • December 6, 2018 at 3:50 pm
    Permalink

    Rosak rosak rosak.. 1mdb..nfc..felda.felcra.gst.th.huh byk ohhh??,
    Rosak musnah hancur dah..!! Kapal selam.kapalayar..

    Reply
  • December 6, 2018 at 3:53 pm
    Permalink

    Rakyat undi PH…Tun M pilih kabinet…awak dgn kuncu pilih ajk bila duk dalam nanti ya.. org pun tk nmpk tk marah.. rakus khianat kejam zalim… rakyat undi PH.. parti korup rosak da..rosak

    Reply
  • December 6, 2018 at 9:12 pm
    Permalink

    Juara sindir?? Jatuh hukum nanti juara apa ya?? 1mdb pinda fakta..
    Nfc.felda.felcra.TH.panel solar.rampasan juta2 dlm rumah.byr jamin juta2..senang dpt duit? Datang mana duit tu??
    Duit gaji?? Spesis sama je rasuah pecah amanah… siasat tangkap hukum seberat2nya .. rompak duit rakyat..khianat zalim kejam rakus penipu penyamun penyangak.. byk lagi lah?? Ada skandal2 yg kita belum tahu ..?? Jgn lari ya..byk lagi nk kena cekup?? Tnggu ya??

    Reply
  • December 6, 2018 at 9:13 pm
    Permalink

    Rampas tarik gelaran pingat yg da tk layak untuk pengkhianat2 ni?? Penyangak penyamun perompak??

    Reply
  • December 6, 2018 at 9:15 pm
    Permalink

    Hukum seberat2nya pesalah2 ni wajib pakai baju jingga tk siapa dikecualikan faham??
    Apa nk malu?? Curi tk malu pun??

    Reply
  • December 6, 2018 at 9:16 pm
    Permalink

    Baju jingga pakai ya baru lah ngam?? Salah is salah..?? Baju jingga wajib pakai??

    Reply
  • December 6, 2018 at 9:18 pm
    Permalink

    Lebih hina dari yg miskin tapi baik hati budinya…?? Tk mcm korang samyn prnyamun rompak perompak sangak penyangak songlap pengsonglap kotor najis jijik ?,

    Reply
  • December 6, 2018 at 9:23 pm
    Permalink

    Hukum seberat3nya jadi tauladan…buat filem drama kisah2 jahat ni?? Dunia tahu??

    Reply
  • December 6, 2018 at 9:25 pm
    Permalink

    Ramai akan dicekup spesis2 dia org ni?? Nfc.felda.felcra.TH..
    byk lagi lah??, kroni2 ada lagi belum dicekup??tnggu ya jgn lari tau???

    Reply
  • December 6, 2018 at 9:27 pm
    Permalink

    Rosak rosak rosak..!!
    Baju jingga pakai wajib bagi rakyat tengok???
    Pesalah wajib pakai jingga!!! Apa nk malu??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.