Aziz Bari Nafi Ada Kaitan Dengan Dakwaan Exco Perak Ditampar Dikhalayak Ramai

KUALA LUMPUR — Exco Perak Aziz Bari menafikan dakwaan beliau ditampar depan khalayak ramai seperti yang disebar wakil rakyat Umno di media sosial.

“Saya mengesahkan juga bahawa saya tidak ada kaitan dgn cerita ‘Exco Perak kena penampar di Canning Garden,” kata pengerusi jawatankuasa pendidikan Perak.

Beliau dipercayai merujuk dakwaan wakil rakyat Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib di Facebook, tanpa menyebut nama Aziz, berkaitan insiden tampar sebelum kenyataan itu dipetik portal Suara TV.

Namun, pakar perlembagaan mengakui beliau memberi keterangan kira-kira dua jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung isu menjatuhkan menteri besar Perak.

“[Saya] telah memberi kerjasama sepenuhnya bagi memberi keterangan mengenai isu fitnah undi tak percaya terhadap menteri besar Perak,” coret Aziz di Facebook.

Kelmarin, wakil rakyat Tebing Tinggi dinamakan Datuk Saarani Mohamad sebagai individu yang didakwa bertemu lima wakil rakyat Umno bagi menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ketua pembangkang BN mendakwa Umno Perak memiliki akuan bersumpah wakil rakyat mereka yang dikatakan ditemui antara 2 November hingga Sabtu lalu, di dalam dan luar Perak. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.