‘Terasa Seperti Hendak Mati Ketika Itu’

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin nmengakui pengalaman jatuh sakit yang dialami baru-baru ini cukup menakutkan kerana dia merasakan seperti hampir menemui ajal.

Isteri kepada pelawak Shuib ini berkata, dia mengalami tekanan darah rendah dan hampir pitam hingga menyebabkan dia dimasukkan ke hospital.

“Saya terasa seperti hendak mati ketika itu. Jadi saya ambil pendekatan memohon maaf daripada Shuib kerana tidak pernah berhadapan situasi seperti itu,” katanya, lapor Bh.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Kesetiaan ini sekaligus menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa amalan diet keterlaluan menyebabkan dia jatuh sakit.

“Saya juga manusia biasa. Ada kalanya saya leka dan terlupa untuk menjaga pemakanan. Bukan kerana diet terlampau seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak,” tuturnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.