Duda Dituduh Rogol Kekasih Bawah Umur Sehingga Hamil

KOTA BHARU — Seorang duda anak dua didakwa merogol kekasihnya, yang masih bawah umur, hingga mangsa hamil lima bulan.

Mohd Fakhrul Bazlie Mohamed Apandi, 33, mengaku tidak bersalah merogol gadis 15 tahun di Beris Kubur Besar, Bachok antara Mac hingga Oktober lalu.

Penganggur itu turut dituduh merogol mangsa yang sama di tempat sama jam 1.30 petang pada 20 November lalu, lapor Kosmo.

Pendakwaan dibuat bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan.

Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Bazli Bahruddin hari ini menetapkan 17 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.