Bekas Presiden Yaman Dibunuh Pemberontak Syiah

SANAA – YAMAN. Pemberontak Syiah membunuh bekas sekutu dan bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh semalam.

Menurut laporan AP, parti Ali, Parti Kongres Awam (GPC) mengesahkan kematiannya.

“Beliau terkorban untuk mempertahankan orang awam,” kata pemimpin GPC, Faiqa al-Sayyid, lapor Sinar.

Perkembangan terbaharu perang tiga tahun diantara pihak kerajaan dan pemberontak Syiah berkenaan membuktikan pemberontak mempunyai kelebihan.

Kumpulan pemberontak Syiah Houthi yang memulakan pemberontakan pada 2014 pernah dibantu Ali dan sekutunya.

Pengikut setia Ali yang kini tidak tentu tanpa Ali memerlukan sokongan Arab Saudi untuk terus mara dalam perang saudara di Yaman.

Ali sebelum ini memerintah Yaman selama 3 dekad dan melepaskan jawatan dalam kejadian Arab Spring pada 2012.

Ali kemudian bersekutu dengan pemberontak Houthi dengan harapan menggunakan kekuatan mereka untuk merampas kembali jawatan presiden.

Yaman kemudian jatuh ke kancah perang saudara yang sehingga kini telah memberi kesan terhadap 28 juta rakyat Yaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.