Himpunan Solidariti Rohingya Dapat Perhatian OIC – Najib

ISKANDAR PUTERI – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)  akan mengadakan mesyuarat peringkat Menteri Luar dalam tempoh terdekat bagi membincangkan isu pembersihan etnik Rohingya di Myanmar kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

 

Najib berkata, Malaysia akan berurusan dengan sekretariat OIC berhubung perkara itu sekali gus membawa suara rakyat Malaysia yang kini didengari.

 

“Saya (dengar) sudah ada sambutan, OIC sudah dengar suara dan mereka hendak adakan persidangan peringkat Menteri Luar dan kita sedang berurusan dengan sekretariat OIC dan apa yang kita suarakan dalam perhimpunan tersebut telah mendapat perhatian OIC,” katanya memetik Awani.

Beliau turut menegaskan, perhimpunan yang disertai ribuan umat itu diadakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

 

Katanya, ia berbeza dengan perhimpunan Bersih 5 yang tidak mendapat permit perhimpunan aman dan tidak mengikut undang-undang.

Ahad lalu, perhimpunan itu, disertai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan berjaya mengumpulkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta tokoh-tokoh politik, masyarakat negara sebagai tanda solidariti bagi menentang kekejaman terhadap etnik Rohingya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.