Video: ’50 Sen Pun Mahathir Tak Pernah Bagi, Bagus Dia Mampus’

Kuala Lumpur – Rakaman video seorang lelaki warga emas yang mengecam bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tersebar baru-baru ini menjadi viral di media sosial.

 

SuaraTV difahamkan klip video pendek tersebut dirakam di salah sebuah hospital kerajaan di Sabah.

 

Melalui rakaman tesebut selain Tun Mahathir, warga emas itu turut dilihat mengecam Tun Abdullah Ahmad Badawi sambil menyifatkan mereka sebagai tidak berguna kerana tidak pernah membantu rakyat sepanjang perkhidmatan mereka perdana menteri.

 

 

“Mengapa tidak bagus, dia (Najib) bagi kau duit (BR1M) tiap-tiap bulan.

 

“Mahathir tidak guna kau cakap, tidak guna punya orang itu, mana ada bantuan dia bagi” ujar warga emas itu ketika menjawab pertanyaan yang diajukan oleh seorang lelaki kepadanya.

 

Warga emas itu turut menyifatkan, sepanjang perkhidmatan Tun Mahathir tidak pernah terfikir untuk membantu rakyat khususnya warga Sabah.

 

“Baguslah dia pencen, tidak guna punya orang, Dr Mahathir 50 sen pun dia tidak ada kasi sama rakyat.

 

“Baguskah? Mana bagus itu Dr Mahathir bagus dia mampuslah,” ujarnya.

 

Tidak cukup dengan itu, dia turut memberikan pandangan yang sama terhadap kepimpinan Tun Abdullah yang didakwa tidak pernah menghulurkan bantuan kepada rakyat.

 

Apabila ditanya mengenai kepimpinan Datuk Seri Najib, warga emas itu terus memberikan pandangan bahawa perdana menteri merupakan pemimpin kepada rakyat.

 

“Ini baru pemimpin rakyat. Bulan-bulan dia kasi RM300. Rakyat pergi bank ambil duit. Apalagi yang tidak bagus?, BR1M ada lagi ini tahun. Apalagi yang tidak bagus?.

 

“Rakyat tetap undi dia dan dia tetap menang. Memang tak akan kalah punya orang. Banyak duit dia bantu sama rakyat. Orang pergi laut tangkap ikan dia bantu pelaut tukar enjin. Ibu tunggal dia bantu kasi bantuan rumah batu sikit pun tak ada bayaran,” katanya di akhir rakaman tersebut. – SuaraTV

One thought on “Video: ’50 Sen Pun Mahathir Tak Pernah Bagi, Bagus Dia Mampus’

  • November 5, 2016 at 10:19 pm
    Permalink

    Awatlh ko xmampus dlu yer…dh tua pn xde otak…nasiblh ko nh org tualah…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.