PM Ucap Takziah Kemangkatan Tunku Laksamana Johor

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim malam Sabtu.

 

“Merafak sembah takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Y.A.M. Tunku Abd Jalil Sultan Ibrahim.

 

“Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata Najib dalam laman Twitter dan Facebooknya semalam.

 

Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah di sini akibat kanser.

 

Almarhum merupakan anakanda keempat dari enam adik beradik dan putera kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.