Jualan Tiket Aksi Selangor Lawan Pahang Lancar

SHAH ALAM – Jika jualan tiket perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara Kedah menentang FELDA United di Stadium Darul Aman semalam kecoh hingga ada peminat yang pengsan, suasana sebaliknya berlaku di perkarangan Stadium Shah Alam sebentar tadi.

 

Jualan tiket untuk satu lagi pertembungan separuh akhir piala berprestij itu antara juara 32 kali, Selangor menentang Pahang pada malam ini, tenang tanpa sebarang insiden kekecohan.

 

Mungkin suasana itu berlawanan kerana banyak kaunter tiket yang dibuka dan orang ramai tidak terburu-buru mendapatkan tiket kerana kapasiti stadium berkenaan yang besar berbanding Stadium Darul Aman.

 

Pemerhatian mendapati kaunter tiket mula dibuka kira-kira jam 8.30 pagi dengan orang ramai tidak berasak-asak, sebaliknya beratur mendapatkan tiket masing-masing. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.