Ahli Parlimen Langkawi Dikecam, Beli Tiket Bola ‘Atas Angin’

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Langkawi, Dato Ir Nawawi Ahmad dikecam para pengguna media sosial kerana di dakwa membeli tiket ‘atas angin’ bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah menentang Felda United.

 

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan wakil rakyat itu sebagai tidak beretika.

 

“Bg saya status Dato bab dpt tiket 600 keping tu paling banggang. Dah la salah guna kedudukan utk dpt smpai 600, peleceh pula peminat yg bersusah payah berusaha dpt tiket. Kenyataan juga berunsur angkuh” ujar Tok Tanjong membidas tindakan tersebut.

 

“Masa yg tak sesuai untuk updates lertew.kalau dulu kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa, sekarang kerana silap typo tak kena tempat,viral jadinya.keh…keh…keh….” ujar Melayu Clain Terakhir pula.

 

Terdahulu Nawawi melalui akaun Facebooknya dilihat seperti mempersendakan mereka yang beratur dan berebut bagi mendapatkan tiket bola sepak.

 

“Dengar kata nak beli tiket bole boleh jadi macam ni. Nasib baik geng Langkawi 600 orang, kita beli cara atas angin tak gaduh buang masa berebut” tulisnya sebentar tadi.

 

Menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu, Nawawi segera memberikan penjelasan berhubung salah faham tersebut.

 

“Tiket keretapi dah lama boleh ambil atas angin melalui android” ujarnya melalui ruangan komen terhadap isu yang dibangkitkan oleh pengguna yang dikenali sebagai Kamera Kupang.

 

Namun tinjauan dari pihak SuaraTV mendapati status berhubung pembelian ‘atas angin’ itu telah dipadamkan.

 

Status yang hilang itu kemudiannya digantikan dengan kenyataan yang lebih jelas berhubung apa yang ingin beliau sampaikan.

 

“Anda boleh beli TIKET ATAS ANGIN mengunakan aplikasi android” uajrnya pula.

 

Pasukan bola sepak Kedah akan berdepan dengan Felda United untuk aksi timbal balik dalam perlawanan separuh akhir Kedua Piala Malaysia 2015 malam ini.

 

Pertemuan antara Felda United dan Kedah pada saingan separuh akhir 1 telah berakhir dengan keputusan seri dua sama.

 

Biarpun berkongsi aggregat 2-2, Kedah mempunyai kelebihan kerana memiliki dua gol ditempat lawan.

 

Manakala kehadiran pasukan Felda United ke Stadium Darul Aman malam ini dengan misi perjuangan untuk menempah tempat ke Final Piala Malaysia 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.