Agong Zahir Ucapan Takziah Atas Kemangkatan Tunku Jalil

Kuala Lumpur – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

 

Menurut kenyataan Istana Negara di Kuala Lumpur, Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan putera ke-4 Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

 

Tunku Jalil, 25, mangkat pada jam 7.11 malam semalam di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Kuala Lumpur akibat kanser, dan selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Baru petang tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.