Semua parti politik BN Sarawak harus lupa sengketa lama – Muhyiddin

Bintulu – Semua parti politik Barisan Nasional (BN) di Sarawak harus melupakan sengketa politik lama, sebaliknya memfokuskan kepada pilihan raya umum ke-14.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada masa lagi untuk bertelagah, sebaliknya pilihan raya perlu menjadi keutamaan, termasuk Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

Beliau berkata, tradisi permuafakatan dalam BN, persefahaman dan setia kawan berlandaskan misi negara, rakyat didahulukan.

“Saya yakin pucuk pimpinan baru yang meneraju SPDP dapat meneraju parti itu dengan baik untuk tiga tahun lagi,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tri-Tahunan 2014 di Dewan Suarah di sini, hari ini.

Lebih 5,000 ahli SPDP dari seluruh cawangan menyertai perhimpunan itu. Turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.