ROS Arah MIC Adakan Pemilihan Semula?

Kuala Lumpur – Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meminta MIC mengadakan pemilihan semula jawatan dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan tiga jawatan naib presiden, menurut sumber.

Ini bermakna, MIC dijangka menangguhkan mesyuarat agung tahunannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bermula dengan sayapnya Ahad ini dan Perhimpunan Agung dijadualkan pada 13 dan 14 Dis ini.

Setiausaha Agung MIC, A. Prakash Rao dijadual mengadakan sidang media mengenai perkara ini di ibu pejabat parti itu di sini Sabtu.

Satu sumber berkata para pegawai ROS menyerahkan surat kepada Rao yang menggariskan apa yang diperlukan dilakukan oleh MIC kira-kira pukul 6.30 petang Jumaat.

ROS telah mengarahkan MIC mengadakan semula pemilihan di lapan bahagian iaitu Bayan Baru, Bukit Gelugor, Subang, Bandar Baru Kulim, Taiping, Tambun, Sepang dan Jasin.

ROS telah menyiasat beberapa aduan mengenai salah laku dan penyalahgunaan kuasa semasa pemilihan parti pada 30 Nov dan 1 Dis tahun lepas.

Pengadu, antara lain, mahu ROS untuk membatalkan keputusan dan mengadakan pemilihan semula untuk jawatan CWC dan naib presiden.

Dalam pada itu, ada juga dakwaan mengenai penipuan dalam kertas undi bagi slot naib presiden.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.