MIC Adakan Pemilihan Semula Parti

MIC hari ini mengesahkan menangguhkan mesyuarat agung tahunan partinya bagi memberi laluan untuk pemilihan semula jawatan dalam parti atas arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pemilihan semula itu tidak akan melibatkan dua jawatan tertinggi parti itu.

Ini bermakna beliau dan presiden parti Datuk Seri G Palanivel, yang memenangi jawatan mereka tanpa bertanding pada pemilihan parti 2013, akan terus mengekalkan kedudukan mereka.

Bernama melaporkan semalam, RoS meminta MIC mengadakan pemilihan semula jawatan dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan tiga jawatan naib presiden.

Parti itu dengan itu dijangka menangguhkan mesyuarat agung tahunannya di Pusat Dagangan Dunia Putra, bermula dengan sayapnya esok dan Perhimpunan Agung yang dijadualkan pada 13 dan 14 Disember ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.