Latihan Khas Buat Empat Pemain Muda Kedah Di Cardiff

Alor Setar – Cardiff City Football Club (CCFC) yang berpangkalan di Wales, menawarkan latihan khas kepada dua pemain di bawah 18 tahun dan dua pemain di bawah 21 tahun dari Kedah untuk tempoh sebulan.

Pengumuman itu dibuat Ketua Pegawai Khas CCFC, Ken Choo dalam satu sidang media di Stadium Cardiff City, United Kingdom, pada Jumaat.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Mengulas tawaran daripada CCFC itu, Mukhriz dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan CCFC di atas peluang keemasan itu.

Beliau berharap empat pemain yang akan dihantar berlatih di Cardiff pada awal Januari ini akan mendapat pendedahan kepada sistem dan disiplin latihan yang terbaik.

“Ia akan meningkatkan lagi kualiti permainan mereka bersama pasukan Piala Belia dan Piala Presiden nanti,” katanya.

CCFC dimiliki ahli perniagaan dari Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.