Ibu Cuba Makan Bayi Kandung Hidup-Hidup

Guangdong – Satu insiden mengejutkan yang berlaku di sebuah hospital di Shenzhen, di mana seorang wanita dipercayai mengalami masalah mental, telah ditemui sarat mengandung dan bersalin di tepi jalan, pada Khamis.

Li Zhenghua, 24, kemudiannya dibawa ke hospital, sebelum ditempatkan di wad bersalin bersama anak yang dilahirkannya, sementara jururawat bertugas cuba menghubungi ahli keluarganya.

Bagaimanapun, tindakan pantas jururawat, Liu Tianlun yang melihat perbuatan wanita itu menggigit tangan anaknya, berjaya menyelamatkan bayi berkenaan.

Dia cuba mengambil bayi itu daripada ibunya, tetapi Li melawan dan enggan melepaskannya.

Doktor terpaksa menyuntik wanita terbabit dengan ubat penenang untuk menyelamatkan bayi baru lahir itu daripada terus digigit ibunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.