CEO MAS: Orang Malaysia Bodoh Kata Tun Mahathir

Kuala Lumpur – “Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS (Malaysia Airline System Berhad) rugi,” demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Demikian reaksi balas bekas pemimpin negara itu apabila diajukan tentang keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Chrisoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Beliau berkata lagi tidak hairan jika ‘orang luar’ diberikan kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu.

“Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang ini nak buat baik balik, oklah,” katanya lagi.

Khazanah Nasional Bhd dalam satu kenyatan sebelum ini melantik Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Mueller, yang ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga akan dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah Malaysian Airline System Bhd (MAS) sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Dana pelaburan strategik kerajaan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly akan dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Pada masa yang sama, Mohammed Shazalli akan kekal sebagai CEO dan Pengarah Celcom Axiata Bhd.

Pencalonan Mueller dan Mohammed Shazalli menyertai Lembaga Pengarah MAS adalah susulan pelantikan Mohd Izani Ashari sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada 12 September, 2014.
Lembaga Pengarah MAS, berkuatkuasa 1 Januari, 2015, akan dianggotai:

 

1. Tan Sri Md Nor Yusof (Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif);

2. Ahmad Jauhari Yahya (Pengarah Urusan/CEO Kumpulan);

3. Christoph R. Mueller (bakal CEO/Pengarah Bukan Eksekutif);

4. David Lau Nai Pek (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan);

5. Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif);

6. Mohd Shahazwan Mohd Harris (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif);

7. Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);

8. Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);

9. Tan Sri Sukarti Wakiman (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);

10. Dr Mohamadon Abdullah (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);

11. Mohd Izani Ashari (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif);

12. Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly (Pengarah Bukan Eksekutif); dan,

13. Datuk Fauziah Yaacob (Pengarah Gantian kepada Mohd Irwan Serigar/Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif).

Mengenai perkembangan lain, Khazanah Nasional juga mengumumkan pelantikan Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid sebagai Pengerusi Pusat Kemahiran Semula Korporat (CRC) yang dijadual dilancarkan pada 1 April tahun depan.

Shahryn Azmi dinamakan sebagai CEO CRC, manakala Datuk Boonler Somchit dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Penasihat CRC.

Pelantikan Bashir, Shahryn dan Boonler akan berkuat kuasa 1 Januari 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.