Berpantang Maut Sebelum Ajal

Majdanpek – Menteri Tenaga dan Perlombongan Serbia nyaris maut, gara-gara ditimpa isikel atau ketulan ais berbentuk tirus yang tergantung di sebuah pencawang elektrik.

Ketika kejadian, Aleksandar Antic sedang meninjau sebuah kawasan di timur Serbia, di mana cuaca sejuk telah menyebabkan penduduk setempat terputus bekalan elektrik.

Ketika dia sedang bercakap dengan wartawan, tiba-tiba sebatang isikel besar jatuh daripada pencawang elektrik dan terkena topi keselamatan plastik yang dipakainya.

Akibatnya, topi keselamatannya retak sebelum ia terjatuh dari kepalanya.

Kawasan di sekitar bandar Majdanpek mengalami masalah bekalan elektrik, air dan perkhidmatan telekomunikasi terputus, akibat cuaca sejuk.

Pihak berkuasa giat memulihkan bekalan elektrik yang terputus di bandar Majdanpek sejak beberapa hari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.