Mandela Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru

JOHANNESBURG 6 Dis. – Ikon antiaparteid, Nelson Mandela meninggal dunia di rumahnya di sini akibat jangkitan paru-paru pada usia 97 tahun semalam.

Mandela telah lama menghidap masalah paru-paru serta batuk kering sejak berada di penjara ketika beliau ditahan selama tiga dekad.

Penerima Anugerah Nobel itu merupakan Presiden Afrika Selatan pertama yang dipilih secara demokrasi selepas dibebaskan pada 1990. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.