PH Didakwa Kerah Guru Sekolah Hadir Ceramah Kempen PRK Tanjung Piai

PEKAN NANAS – Pakatan Harapan (PH) didakwa mengerahkan guru-guru untuk menghadiri ceramah parti itu sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa menerima aduan daripada beberapa orang guru yang menyatakan mereka menerima arahan daripada pihak tertentu supaya hadir pada ceramah calon dan juga pemimpin PH.

Katanya, guru-guru yang dipaksa hadir bukan sahaja dari Parlimen Tanjung Piai malah turut melibatkan guru yang mengajar di kawasan parlimennya di Pontian.

“Mereka sebenarnya tidak ada pengikut. Mereka tidak ada penyokong tegar, tidak macam UMNO dan Pas yang ada penyokong ramai.

“Kalau ada pun mungkin ketua dan sedikit pengikut (PH), itu yang terpaksa diangkut cikgu-cikgu.

“Saya tahu arahan-arahan diberikan kepada cikgu termasuk di Parlimen Pontian untuk meramaikan majlis,” katanya.

Berita Berkaitan;

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah kehadiran yang suram pada setiap ceramah yang diadakan PH pada PRK berkenaan berbanding kehadiran ramai penyokong BN dalam ceramah-ceramah yang diadakan.

Ahmad ditemui pemberita selepas menghadiri prograj bacaan yasin dan tahlil di rumah salah seorang pendudk di Kampung Melayu Raya di sini hari ini.

Ahmad berkata, berdasarkan maklumat yang diterima sekurang-kurangnya tiga orang guru dari setiap sekolah dipaksa datang ke ceramah yang diadakan pada setiap malam sepanjang kempen berkenaan berlangsung bagi menunjukkan kehadiran ramai.

Dalam pada itu, Ahmad menyeru supaya pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Tanjung Piai yang merantau dan mahu “bertaubat politik” supaya pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada 16 November ini.

“Perkara ini telah ditunjukkan oleh anak-anak muda di Cameron Higlands, di PRK Semenyih dan PRK Rantau apabila mereka akhirnya bertaubat politik dan membuat pilihan mahu kepada BN.

“Saya harap ia akan sama juga di Tanjung Piai dan saya pasti untuk calon BN, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng untuk menang akan tercapai,” ujarnya. 

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.