Singkirkan Aziz Sheikh Fadzir Dari Utusan

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Penganalisis Politik, AB Jalil Backer memberikan cadangan agar Pengerusi Eksekutif Utusan disingkirkan dari syarikat penerbitan besar itu.

Kata Ab Jalil Backer dalam status di Facebooknya, Aziz Sheikh Fadzir seharusnya digantikan dengan individu yang mampu menggalas tugas tersebut dengan lebih baik berbanding Aziz.

Ini kerana pengerusi eksekutif kata Ab Jalil tidak seharusnya masuk campur dalam urusan editorial syarikat.

Sebaliknya, perlu mewujudkan kolum penulisan sendiri dan bukannya mencampuri kolum editorial dengan tambahan idea sendiri.

Selain itu, Ab Jalil juga mencadangkan agar Utusan segera melantik Ketua Pengarang dari  pengarang kanan yang sedia ada.

Pada 3 November, Awang Selamat, nama samaran editorial Utusan berkata, rakyat dan ahli UMNO terutamanya berasa tertipu kerana selama ini mereka menerima penjelasan dana yang diterima oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.

Aziz menerusi penulisan tersebut dengan nama pena itu juga telah menulis isu Najib sebagai penipu bersabit isu 1MDB.

Aziz telah membuat kesimpulan dengan menggelarkan Najib sebagai pembohong susulan wawancara dengan Al-Jazeera baru-baru ini, apabila Najib mendedahkan tidak tahu sumber sebenar wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Aziz turut menggunakan temubual Najib bersama pengendali program 101 East, Mary Ann Jolley dengan membuat kesimpulan Najib bersalah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.