Protes Bukan Adab Rakyat Malaysia, Kata Menteri

PUTRAJAYA – “Saya tidak melayan permintaan kalau ada unsur ugutan,” tegas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Pengasas Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail yang mahu bertemu sendiri dengan beliau, dan jika tidak dapat berbuat demikian, akan mengadakan protes di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Siew Fook berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk mengadakan perbincangan, namun tidak perlulah sehingga membuat ugutan seperti itu.

“Kalau tidak jumpa, maka mahu protes. Saya rasa itu bukan adab rakyat Malaysia.

“Dulu, ketika menjadi pembangkang pun, kita tidak cakap kalau menteri tidak jumpa, kita protes. Kita hantar memorandum,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Shamsubahrin sebelum ini berkata, beliau menuntut perjumpaan dengan Siew Fook bagi membincangkan isu penting, antaranya mengenai perkhidmatan e-hailing yang memberi kesan kepada pendapatan pemandu teksi.

Siew Fook berkata, beliau sudah menugaskan Setiausaha Politiknya untuk mengadakan pertemuan dengan semua persatuan dan pemandu teksi.

“Memang banyak pertemuan yang kita sudah buat dan bukan beliau (Shamsubahrin) saja wakil persatuan teksi, ada ramai yang kita jumpa juga,” katanya. – BH

– Sekilas Info –

Info: Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berucap kepada peserta ketika menyertai protes jalanan Bersih 4.0 pada 2015 di Kuala Lumpur.

 

Info: Peserta demonstrasi Bersih 4 beramai-ramai tidur atas jalan raya di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjayakan protes jalanan selama dua hari bermula 29 hingga 30 Ogos 2015.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.