Paras air sungai di Kelantan naik

KOTA BHARU – Bacaan paras air di dua batang sungai di Kelantan sudah melepasi paras berjaga-jaga susulan hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu. 

Portal banjir infobanjir.water.gov.my, melaporkan sungai itu adalah Sungai Golok di Rantau Panjang and Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai.

Sehingga jam 10.30 pagi tadi, bacaan paras air di Sungai Golok adalah 7.47 meter (m) iaitu 0.47m diatas paras berjaga-jaga (7m), manakala Sungai Lebir mencatatkan bacaan 28.50m, iaitu 1.50m lebih dari paras berjaga-jaga (paras berjaga-jaga sungai itu adalah 27m).

Menurut portal itu juga, bacaan di sebahagian sungai utama di negeri ini turut mencatatkan sedikit peningkatan tetapi masih di bawah paras normal.

Sementara itu, bilik gerakan banjir sama ada negeri mahupun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan masih belum beroperasi sehingga pagi ini.

Menurut jurucakap polis, anggota polis negeri ini bersiap sedia hadapi banjir gelombang pertama dan bilik gerakan banjir di IPK akan dibuka apabila tiba masanya. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.