Jepun Mulakan Konsultasi Tubuhkan Cawangan Universitinya Di Malaysia

TOKYO: Kerajaan Jepun bersetuju untuk memulakan konsultasi menyeluruh bagi menubuhkan cawangan universiti Jepun di Malaysia, kata Perdana Menteri Shinzo Abe.

“Mengenai permintaan Perdana Menteri Mahathir (Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk pembukaan kampus cawangan universiti di Jepun, kami bersetuju untuk memulakan konsultasi menyeluruh ke arah merealisasikan idea itu,” katanya pada sidang akhbar bersama Dr Mahathir di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir dan Abe mengadakan mesyuarat delegasi di Pejabat Perdana Menteri Jepun.

Semalam, Dr Mahathir melahirkan harapan untuk melihat universiti Jepun mempunyai cawangan mereka di Malaysia bagi membolehkan pelajar Malaysia bukan sahaja didedahkan kepada sistem pendidikan Jepun, tetapi juga untuk mempelajari budaya mereka.

Sementara itu, Abe berkata Jepun tetap komited untuk meneruskan kerjasama dalam Dasar Pandang Ke Timur Malaysia dalam bidang seperti pendidikan, promosi pelaburan, sumber manusia dan pemindahan teknologi. – BERNAMA

3 thoughts on “Jepun Mulakan Konsultasi Tubuhkan Cawangan Universitinya Di Malaysia

  • November 6, 2018 at 8:44 pm
    Permalink

    Syabas tahniah Tun M terima anugerah tertinggi dari maharaja jepun… ini lah pemimpin sejati.. tk rihat2 asyik kerja tk habis2..Tun jagalah diri kesihatan lami berdoa agar allah swt dgn izinnya memelihara Tun sebaik2nya…
    Najib dapat apa ya??

    Reply
  • November 6, 2018 at 8:45 pm
    Permalink

    Kami sayang Tun M dan PH..

    Reply
  • November 6, 2018 at 8:47 pm
    Permalink

    Tun M terpaksa pulihkan ekonomi yg telah dirosakan olih pengkhianat2 terdahulu…
    Smga yg jahat akan dihukum seberat2nya….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.