Video : Lelaki Dikecam Netizen Gara-Gara Paksa Anjingnya Untuk Menulis

Ramai yang mengatakan bahawa anjing adalah sahabat manusia. Anjing juga dikenali sebagai haiwan yang setia dan menyayangi majikannya.

Namun, ada juga beberapa manusia tidak memiliki rasa kasihan pada anjing.Bahkan, ada yang sanggup melakukan kekerasan padanya.Seperti yang dilakukan lelaki ini.

Dilporkan dari EliteReaders, dalam sebuah video yang viral baru baru ini, kelihatan seorang lelaki menampar seekor anjing berkali kali.

Dikatakan, anjing tersebut tidak mampu menuruti permintaan lelaki itu untuk menulis di atas kertas.

Lelaki dalam video itu dikatakan menampar wajah si anjing yang tidak mengerti apa-apa.

Sambil menggenggam kaki anjing itu dengan pensel, lelaki dalam dalam video itu dilihat mengajar anjingnya untuk menulis.

Ketika anjing itu tidak melakukan apa yang diminta, lelaki itu memukulnya dengan keras.

Lelaki itu ingin anjingnya menyelesaikan pekerjaan yang tidak mungkin terjadi.

Ketika haiwan malang itu kebingungan, lelaki itu terus memukul rahangnya.

Situasi menjadi lebih buruk ketika perhatian anjing tersebut teralihkan pada perkara lain. Lelaki itu malah tidak berhenti dari memukulnya.

Video tersebut dikatakan dimuat naik di media sosial India. Namun, netizen yang menyebarkan video tersebut ada yang merasa geram ada juga merasakan perbuatan tersebut dilihat kelakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.