Trump Sedia Jumpa Jong-Un

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan kesediaan menemui pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Menurut AFP, pendedahkannya dalam temu bual program ‘Full Measure’ bersama pengacara Sharyl Attkisson, yang disiarkan hari ini ketika memulakan lawatan di Asia, Trump memberitahu akan menemui ramai pemimpin Asia.

“Saya akan duduk dengan sesiapa saja. Saya tidak berasa ia satu kekuatan atau kelemahan kerana duduk bersama bukan sesuatu yang buruk.

“Pastinya, saya terbuka untuk melakukannya (bertemu Jong-un) tetapi kita perlu melihat bagaimana kesudahannya. Masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya,” katanya, lapor Bh.

Kenyataan perdamaian oleh Trump dilakukan selepas kedua-dua pemimpin saling bertikam lidah berhubung beberapa ujian bom nuklear dan peluru berpandu Korea Utara yang dikutuk komuniti antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.