Tragedi Berdarah Di Gereja

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya 20 jemaah sebuah gereja Baptist di Texas terbunuh selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang.

Penembak itu turut terbunuh dalam kejadian tembakan rambang besar-besaran terbaru yang mengejutkan Amerika Syarikat (AS), kata jurucakap Sherif Daerah Guadalupe, Sarjan Robert Murphy, lapor MD.

Kejadian berlaku di First Baptist Church di Sutherland Springs, sebuah pekan kecil kira-kira 50 kilometer di tenggara San Antonio, lapor media.

Penembak itu dilaporkan masuk ke dalam gereja yang dihadiri kira-kira 50 orang sebelum melepaskan tembakan.

Menurut The Dallas Morning News, seorang kanak-kanak berusia dua tahun adalah antara yang cedera. Setakat ini belum jelas bagaimana penembak itu mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.