TNB Bekal Janakuasa Bergerak Di Kawasan Banjir Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membekalkan 30 set janakuasa bergerak ke kawasan banjir di Pulau Pinang.

Pengurus Besar Kanan (Distribution Network) TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, sehingga jam 10.00 malam tadi, 12 generator bergerak telah sedia dipasang.

Tambahnya, TNB telah menghentitugas sementara 38 daripada 4,852 pencawang elektriknya di Pulau Pinang atas faktor keselamatan.

“Bekalan akan dipulihkan sebaik keadaan mengizinkan.

“Kami sedang memantau pepasangan di kawasan yang terjejas akibat banjir bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di Kedah,” katanya lagi.

Menurut Wan Nazmy, TNB turut membantu kerja-kerja pemindahan mangsa-mangsa banjir ke pusat-pusat pemindahan.

“Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454,” kata Wan Nazmy lagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan aspek keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.