Tembakan Rambang, 26 Maut Di Texas

Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah gereja, di First Baptist Church di Sutherland Springs. Ia terletak di sebuah bandar kecil di Texas.

Lelaki itu dilaporkan memasuki gereja berkenaan dan melepaskan tembakan pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan.

Gabenor Greg Abbott mengesahkan angka korban berkenaan dan menyifatkan ia sebagai peristiwa tembakan terburuk di Texas.

Mangsa yang dibunuh berusia dalam lingkungan usia lima hingga 72 tahun. Manakala 20 orang lagi mengalami kecederaan.

Devin P Kelley

Suspek adalah seorang lelaki kulit putih berusia dalam lingkungan awal 20-an dan memakai pakaian hitam. Media tempatan melaporkan suspek dikenalpasti sebagai Devin P Kelley, 26, dan telah berkahwin.

Dia mula melepaskan tembakan di luar gereja sebelum masuk ke dalam gereja. Penduduk sempat merampas senapang suspek dan kemudiannya melepaskan tembakan ke arahnya.

Penyerang kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta. Penduduk itu kemudiannya mengejar suspek dan melanggar kereta suspek.

Mayat penyerang itu ditemui dalam keretanya namun bagaimana dia terbunuh, sama ada membunuh diri atau akibat ditembak oleh penduduk berkenaan, masih belum diketahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.