Taufan Damrey ragut 27 nyawa

HANOI – Angka kematian akibat Taufan Damrey yang melanda tengah dan selatan Vietnam meningkat kepada 27 orang, beberapa hari sebelum negara itu menyambut kedatangan pemimpin dunia yang menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Menurut AFP, taufan Damrey, ribut besar ke-12 melanda Vietnam tahun ini, tiba di negara itu semalam dengan kelajuan angin 90 kilometer sejam yang merosakkan lebih 40,000 rumah, menumbangkan tiang elektrik dan pokok, lapor BH.

Jawatankuasa Pencegahan Bencana berkata, 27 maut dan 22 lagi hilang.

Ia berkata, 626 rumah musnah manakala lebih 30,000 dipindahkan.

Hujan lebat dan angin kencang membadai kawasan pesisir pantai hari ini menyebabkan banjir.

Bandar raya Nha Trang paling teruk terjejas akibat taufan itu. Ia terletak 500 kilometer ke selatan Danang, lokasi sidang kemuncak APEC akan dilangsungkan minggu ini.

Danang juga berhadapan kemusnahan. Papan tanda ‘Selamat Datang ke Danang’ runtuh akibat ribut itu, lapor media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.