‘Saya Tidak Akan Maafkan Mahathir’

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Dr Nasir Hashim menegaskan,  beliau tidak akan sama sekali memaafkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir  Mohamad yang memenjarakannya selama 15 bulan.

Kini, meneraju Parti Sosialis Malaysia (PSM) selaku Presiden, Dr Nasir berkata,  Dr Mahathir bertanggungjawab diatas penahanannya dibawah Ops Lalang pada 1987.

“Dilihat kepada sejarah, Dr Mahathir telah mengekalkan rasa tidak bersalahnya  didalam krisis Saleh Abbas, ISA, tragedi Memali dan skandal-skandal lain.

“Beliau enggan meminta maaf disebabkan oleh keseombongannya, dan jika dia minta  maaf sekalipun, ianya tidak datang dari hatinya dan hanya demi kepentingan  politik beliau,” ujarnya lapor The Star.

Dr Nasir berkata demikian sebagai membidas kenyataan Dr Mahathir di laman  blognya menyatakan telah menerima segala kesalahan diatas penangkapan semua  tahanan ISA ketika pemerintahan beliau selaku Perdana Menteri.

Setelah lebih sedekad meninggalkan jawatan Perdana Menteri dan kini menyertai  blok pembangkang sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir berkata beliau  baru menyedari ramai tahanan ISA diseksa.

“Saya mengaku salah walaupun penahanan bukanlah keputusan saya,” tulis Dr  Mahathir.

Tegas Dr Nasir, secara amnya Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak  mempunyai apa-apa kaitan dengan penahanan Ops Lalang dan ianya dilakukan oleh  orang bawahannya.

“Dan kerana dia adalah bos, dia perlu memohon maaf bagi pihak mereka.

“Dia tidak meminta maaf diatas segala perbuatannya, dia hanya meminta maaf kerana ianya telah berlaku dan orang-orangnya lakukan perkara tersebut. Beliau katakan bahawa beliau tiada kena mengena dengan semua itu,” kata Dr Nasir.

Menyaksikan sendiri pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, Dr Nasir katakan  beliau amat meragui permohonan maaf oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (PPBM) itu.

Katanya lagi, mengapa Dr Mahathir ‘menerima’ kesalahan diatas tragedi Ops Lalang  sahaja tetapi terus menafikan keterlibatannya didalam skandal-skandal lain yang  berlaku dibawah pemerintahannya.

Antara krisis diketengahkan beliau adalah pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun  Salleh Abas pada 1988 yang disifaktkan pengkritik sebagai pemula kepada  campurtangan sistem kehakiman negara.

Seterusnya penangkapan tahanan dibawah ISA, yang kemudiannya dimansuhkan oleh  Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2011.

Dan tragedi Memali pada 1985, yang menyaksikan 18 orang meninggal dunia termasuk  4 orang anggota polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.