Putera Saudi Meninggal Nahas Helikopter

RIYADH – Seorang putera Saudi dilaporkan terbunuh apabila helikopter yang dinaiki bersama beberapa pegawai terhempas berhampiran sempadan selatan Arab Saudi-Yaman yang dilanda perang.

Rangkaian televisyen Al-Ekhbariya mengumumkan kematian Putera Mansour bin Moqren, timbalan gabenor wilayah Asir yang juga anak bekas putera mahkota, lapor Antarapos.

Setakat ini, tiada laporan mengenai punca kemalangan dan nasib pegawai lain dalam helikopter terbabit.

Tragedi itu berlaku seiring tindakan Arab Saudi menggempur salah laku dalam kalangan golongan atasan menerusi penahanan putera raja, menteri dan seorang hartawan, jutawan, pada ketika Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengukuhkan kuasanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.