Perompak Tidak Sengaja Tembak Alat Sulit Sendiri Ketika Sedang Melakukan Rompakan

Chicago_Seorang perompak  secara tidak sengaja menembak alat sulitnya sendiri ketika sedang mencuri di sebuah kedai menjual hotdog.

Berdasarkan beberapa laporan, perompak yang masih remaja itu cuba mengambil wang milik pemilik hotdog itu sambil memegang pistolnya.

Namun, tanpa disedari,pistolnya meletus dan peluru mengenai kemaluannya sendiri.

Menurut polis, setelah tertembak, perompak tersebut tidak boleh  berlari jauh kerana kecederaannya yang parah.

Menurut Chicago Sun-Times, perompak yang bernama Terrion itu menghadapi dua dakwaan berkaitan perompakan bersenjata.

Kemungkinan besar pistol itu tertembak ketika Terrion sedang meletakkan pistol itu di dalam seluarnya.

Namun, di mahkamah pendakwa raya, Erin Antonietti mendakwa Terrion telah menunjuk pistol itu pada dua orang pekerja hotdog.

Para pekerja itu juga menyerahkan dompet mereka dan beberapa jumlah wang kepada Terrion.

Dalam perjalanan keluar dari kedai hotdog itu, Terrion membongkok mengambil wang yang berselerak di lantai.

Ketika itulah Terrion membetulkan kedudukan tali pinggangnya. Tiba-tiba pistol meletus dan peluru mengenai alat sulitnya sendiri.

Walaupun terluka, Terrion masih boleh keluar dari kedai itu untuk melarikan diri sebelum ditangkap.

Menurut Chicago Sun-Times melaporkan, kamera perakam (CCTV) merakam semua kejadian itu dan memperlihatkan Terrion tertatih-tatih menyeberangi jalan.

Dia berhenti di sebuah bangku, lalu mencuba naik ke tangga sebuah rumah berdekatan.

Polis mengatakan, mereka menemui dompet yang diambil Terrion dari kedua pekerja kedai hotdog itu dan sepucuk pistol berdekatan lokasi kejadian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.