Penyokong JDT Minta Safiq Contohi TMJ

Kata-kata pemain tengah merangkap ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq  Rahim kepada ‘haters’ beliau sedikit sebanyak telah mencemarkan kemenangan 2-0  pasukannya menentang Kedah, malam Sabtu.

Safiq, ketika meraikan meraikan kemenangannya dihadapan penyokong JDT di Stadium  Shah Alam berkata “All the haters pun**k, Gua (aku) champion s**l. B**i anak  haram,” dipercayai ditujukan kepada pengkritiknya.

Video berdurasi 59 saat yang tular sejak semalam mendapat kecaman ramai pihak  yang menyifatkan kata-kata berkenaan tidak wajar dikeluarkan oleh seorang pemain  senior, apatah lagi Safiq juga kapten pasukan Harimau Malaya.

Adapun yang mengkritik, tidak kurang juga yang tetap setia Safiq, terutama dari  peminat JDT.

“Jatuh bangun JDT, SR8 (Safiq Rahim) masih bersama JDT. Semangant juang luar  biasa dari SR8 dan seorang kapten pasukan yang tak putus asa. Memang awesome dia  punya semangat. Semoga maju jaya SR8,” kata Muhammad Azhar Azhar Mahmud, lapor MD.

Sementara seorang pengguna Facebook dengan nama Guni Gold menggesa agar Safiq  belajar kaedah komunikasi daripada pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ)  Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Tingkatkan skill, latihan komunikasi dan kawalan emosi. Contohilah boss anda,  pandai berkias bila orang mengeji dan memperlekehkan beliau”.

Safiq menerusi kenyataan rasminya turut menyentuh cara mendepani kritikan orang  ramai dengan meminta agar seluruh pasukan menghadapinya sebagai sebuah  keluarga.

“Saya harap perkara ini tidak berhenti di sini sahaja. Dan untuk musim yang akan  datang, semua perlu ada semangat seperti ini agar kami berjaya mencipta lebih  banyak sejarah untuk pasukan.

“Kita adalah yang terbaik. Kami tahu kekuatan kami, dan kami berusaha bermain  sehabis baik mengikut corak taktikal permainan kami. Dalam bola sepak, apa-apa  sahaja boleh terjadi tidak kira dalam dua atau tiga minit terakhir sekalipun.

Oleh itu, kami perlu fokus dan kekalkan disiplin sehingga ke tamat perlawanan,”  ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.