Mangsa Banjir Kedah Meningkat Kepada 3,402 Orang

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan setakat 7 pagi ini di Kedah terus meningkat kepada 3,402 berbanding 2,721 mangsa yang direkodkan pada 8 malam tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata kesemua mangsa daripada 938 keluarga ditempatkan di 40 pusat pemindahan di Kuala Muda, Yan, Kulim, Bandar Baharu dan Baling.

Di Kuala Muda, 19 pusat pemindahan dibuka iaitu di surau Kampung Bongkok menempatkan 60 mangsa, Dewan Kampung Tengah Padang Temusu (70), Dewan Steang Wam Kowang (23), surau Kampung Padang Tok Sora (72), Dewan Kampung Bukit Belah Batu Dua (19), Dewan Kampung Lebai Ali (171), Dewan Taman Bedong Jaya (72), surau Taman Malinja (50) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Gedong (79).

Selain itu, Dewan Kampung Segantang Garam (38), Kampung Kilang Makau (40), surau Kampung Haji Ngah (8), surau Kampung Jawa (155), Dewan Kampung Baru (25), Dewan Kampung Bujang (86), Dewan Kampung Sungai Pial (171), surau Kampung Jilid 4/5 (70), Dewan Taman Setia Budi (61) dan surau Kampung Lebai Ali dengan 298 mangsa.

Di Yan, empat pusat pemindahan dibuka iaitu Tadika KEMAS Kampung Perigi (18), surau Kampung Teroi Bukit (89), surau Kampung Lubok Boi (69) dan surau Kampung Kepala Bukit (75).

 

Di Kulim pula 15 pusat pemindahan dibuka iaitu Dewan Masjid Al-Muqtadin (149), Dewan Taman Saga (40), Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih (150), Surau Al-Haq (30), Surau Taman Kancil (114), Dewan KEDA Naga (62), Dewan Masjid Sungai Limau (37), SK Permatang Tok Dik (563), SK Sungai Seluang (95), Tadika Kemas Padang Limau (199), Surau Al-Ikhlas Karangan (231), SK Sungai Karangan (14), Surau Al-Husna (26), Masjid Selarong Panjang (32) dan surau Kampung Baru Jemerli dengan 20 mangsa.

Sementara itu, satu pusat pemindahan dibuka masing-masing di Bandar Baharu iaitu Dewan Sungai Batu yang menempatkan 25 mangsa dan di Baling di Masjid Kuala Bakong dengan 114 orang.- Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.