Lelaki Ini Tidak Hadir Ke Majlis Pernikahan Kerana Tak Mampu Bayar Mas Kahwin , Ini Yang Dilakukan Oleh Bakal Isterinya

Seorang lelaki telah didakwa oleh bakal isterinya gara-gara tidak muncul di majlis akad nikah mereka, kerana tidak mampu membayar mas kahwin.

Semuanya bermula dengan rancangan perkahwinan Boonyang Sawatdee (26) dengan kekasihnya , Arunee Jaengkrachang (24). Kedua-duanya dikatakan berkahwin di rumah pengantin, di Khao Din, Prachinburi, Thailand, pada 22 Oktober lalu.

Namun, pada hari tersebut, Sawatdee tidak munculkan dirinya walaupun ditunggu hingga berjam-jam. Sehari sebelum hari pernikahan mereka, pasangan tersebut dan ibu bapa masing-masing sempat bertemu untuk membincangkan persiapan terakhir untuk resepsi dan akad nikah mereka nanti.

Ketika itu, Sawatdee sama sekali tidak menunjukkan sikap tidak bersedia atau niat untuk membatalkan pernikahan.

Namun, pada hari pernikahan, Sawatdee dan keluarganya tidak muncul mengikut waktu yang dijanjikan sehinggakan para tetamu dan keluarga pihak pengantin perempuan berasa curiga.

Jaengkrachang akhirnya menghubungi bakal suaminya itu untuk mendapatka kepastian. Lelaki tersebut mengatakan bahawa dia perlu menangguhkan majlis selama beberapa jam kerana dia terlambat.

Jaengkrachang akhirnya menangguhkan majlis pernikahannya yang sepatutnya dilaksanakan pukul 6.00pm menjadi 9.00pm.

Tetapi, setelah ditangguhkan sehingga waktu yang ditetapkan, Sawatdee dan keluarganya masih juga tidak muncul di majlis tersebut dan tidak mengangkat telefon ketika dihubungi.

Jaengkrachang bersama keluarganya kemudian datang ke kediaman Sawatdee dan keluarganya di Sa Keo, namun bakal suami dan keluarganya sudah mearikan diri.

Baru-baru ini diketahui bahawa Sawatdee ternyata tidak  mampu membayar mas kahwin yang telah dipersetujui iaitu berjumlah  RM25,571.31 dan emas.

Tidak dapat dipastikan  apakah Sawatdee gagal muncul di majlis akad nikahnya lantaran malu mengatakan bahawa dirinya tidak mampu membayar mas kahwin itu atau gagal mengumpulkan wang sampai hari pernikahan mereka.

Namun, keluarga Jaengkrachang hanya ingin Sawatdee dan keluarga membayar kerugian mereka atas perbelanjaan majlis pernikahan yang sudah dikeluarkan.

Dikatakan keluarga Jaengkrachang menuntut ganti rugi atas pembayaran senilai lebih dari RM12,785.65 untuk resepsi dan perbelanjaan katering sebanyak  RM2,812.84

Gara-gara majlis pernikahan mereka gagal, Jaengkrachang berterusan menangis dan hampir pengsan akibat malu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.