Lelaki Ini Nikahi Robot Seks Gara-Gara Ibu Bapanya

Seorang lelaki menikahi robot seks selepas ibu bapanya bising dan marah kerana tidak mempunyai teman hidup .

Syarikat Zheng Jiajia yang bernama “Brain of Things Science and Technology” menghasilkan robot seks.

Dilaporkan dari Mirror, patung yang dinikahi oleh Zheng dibuat mirip dengan seorang perempuan.

Zheng merupakan seorang yang master dalam kepakaran buatan.

Lelaki yang berasal dari Hangzhou, China ini juga memberi nama Ying Ying untuk robot itu.

Ying Ying seolah-olah dapat mengenal pasti imej tertentu dan boleh mengatakan beberapa perkataan yang mudah. Ying Ying turut dibawa Zheng pergi bersama ke mana-mana.

Ketika ini Ying Ying masih lagi dibaik pulih oleh suaminya, Zheng.

Dia berharap “isterinya” tersebut boleh berjalan dan membantu melakukan kerja rumah.

Teman-teman Zheng ramai yang mengejek bahawa dia tidak mampu mempunyai kekasih

Perkahwinan Zheng dan Ying Ying  dilangsungkan secara sederhana. Zheng mengenakan jas hitam tanpa tali leher dan robot Ying Ying mengenakan selendang merah sederhana yang menutupi kepalanya. Ibu dan sahabat juga menghadiri perkahwinan tersebut

Perkahwinan yang luar biasa itu juga diliputi oleh beberapa media tempatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.