Kepala Buaya Saiz Tayar Kancil Ditemui Tepi Jalan

SANDAKAN — Penemuan kepala buaya di tepi jalan raya dekat Kampung Pampang, Batu 10, sejak beberapa lalu membingungkan penduduk.

Kepala itu mulai reput dan dipenuhi lalat manakala cebisan isi perut reptilia tersebut ditemui di tebing Sungai Pampang, lapor Metro.

“Kami terkejut melihat kepala buaya itu. Tiada sesiapa yang tahu apa yang terjadi kerana tempat ini sangat terpencil dan hanya pemancing saja yang akan melalui jalan ini.

“Kepala buaya itu sangat besar seperti tayar kereta Kancil,” kata Alip, 15, yang menjumpainya Khamis lalu.

Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang menyiasat penemuan itu.

Di Lahad Datu, seorang pekerja ladang hilang dipercayai dibaham buaya ketika memasang pukat di Ladang Sabah Mas Peringkat 3 di sini, semalam.

“Saksi yang merupakan ahli keluarga mangsa memaklumkan dia melihat mangsa dibaham buaya di sungai tersebut,” kata Ketua Operasi Penguasa Bomba Kanan Abu Bakar Taraji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.