Kanak-Kanak 7 Tahun Nyaris Naik Pesawat Tanpa Tiket Dan Pasport, Ini Caranya

Seorang kanak-kanak perempuan dari Geneva, Switzerland, berjaya menaiki sebuah pesawat tanpa tiket atau pasport selepas melanggar keselamatan lapangan terbang.

Insiden yang berlaku pada Minggu lalu itu  membuat pihak berkuasa lapangan terbang Geneva mushkil dan terus melakukan siasatan.

Dipetik dari The Guardian, kejadian tersebut bermula apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan hilang oleh ibu bapanya dalam perjalanan di pusat bandar Geneva.

Ibu bapa kanak-kanak tersebut membuat laporan kepada polis dan kemudian mengetahui dari kamera pengawasan jika anaknya berjalan sendiri menuju stesen, menaiki kereta dan turun di lapangan terbang.

Gadis kecil itu kemudian berjalan melewati pengawal keselamatan di sektor penerbangan ke Perancis. Pegawai itu menyangkakan gadis tersebut bersama ibu bapanya.

Nasib baik gadis yang ketika kejadian memakai jaket biru itu sempat diketahui petugas sebelum pesawat berlepas.

Meskipun pernah terjadi kejadian seperti itu sebelum ini, pihak keselamatan lapangan terbang menolak menyebut telah terjadi pelanggaran keselamatan.

“Tiada pelanggaran peraturan keselamatan di lapangan terbang Geneva,” kata jurucakap lapangan terbang Geneva, Bertrand Stampfli.

“Rakaman video menunjukkan gadis itu tidak ditanya mengenai tiket dan kelihatannya telah membuatnya melalui menunjukkan penumpang dewasa di hadapan atau di belakangnya,” katanya.

Namun dengan berlakunya insiden tersebut, komuniti lapangan terbang tempatan mendesak supaya ruang atau celahan yang boleh disalahgunakan oleh kanak-kanak ditutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.