Jambatan Setelu Tenggelam Lagi

GUA MUSANG – Pengguna jalan raya Gua Musang-Jeli yang menggunakan jambatan sementara Pulau Setelu di sini sekali lagi terputus hubungan apabila jambatan itu ditenggelami air sungai yang meningkat naik akibat hujan le­bat, petang semalam.

Air Sungai Nenggiri yang semakin naik dan melimpahi jambatan sementara menyebabkan kenderaan terkandas dan terpaksa  berpatah balik dan menggunakan jalan alternatif lain, lapor Antarapos.

Setiap kali hujan lebat jambatan ini sering tenggelam dan memberi masalah kepada penduduk sejak jambatan kekal runtuh pada banjir besar penghujung Disember 2014 lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.