Harga Minyak Dunia Cecah AS$62 Setong, Paras Tertinggi Sejak Julai 2015

SINGAPURA – Harga minyak dunia mencecah paras tertinggi sejak Julai 2015 dalam dagangan hari ini kerana pasaran semakin terkawal.

Penanda aras bagi harga minyak antarabangsa, Brent mencapai paras AS$62.44 setong pada awal dagangan.

Harga Brent dicatatkan sebanyak AS$62.27 setong pada 0051 GMT naik 0.3 peratus berbanding harga penutup akhir.

West Texas Intermediate (WTI) pula diniagakan pada AS$56 setong pada awal dagangan, juga tertinggi sejak Julai 2015 dan pada harga AS$55.83, naik AS$0.19 berbanding penutup akhir.

Berdasarkan fundamental minyak, para pedagang berkata, terdapat tanda-tanda pasaran semakin ketat.

Syarikat-syarikat tenaga Amerika Syarikat mengurangkan lapan medan minyak kepada 729, pengurangan terbesar sejak Mei 2016.

OPEC dan negara bukan OPEC termasuk Rusia sedang melaksanakan pengurangan bekalan minyak sebanyak 1.8 juta tong sehari bagi mengawal lebihan bekalan.

Pelaksanaan kawalan itu sehingga Mac tahun depan tetapi OPEC diramal melanjutkan perjanjian tersebut.

Meskipun begitu, para penganalisis berkata permintaan masih kukuh.

Bank Barclays mengunjurkan kenaikan purata harga Brent sebanyak AS$6 setong kepada AS$60.

Ia juga meningkatkan unjuran penuh harga minyak 2018 dengan menaikkan sebanyak AS$3 kepada AS$55 setong. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.