Ferhad Peserta Pertama Tersingkir GV4

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ferhad menjadi peserta pertama tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada pertandingan itu pada konsert minggu kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini malam ini.

Pada konsert bertemakan ‘Sekali Dengar, Melekat’ itu Ferhad menyanyikan lagu Harus Terpisah dendangan asal Cakra Khan.

Persembahannya mendapat markah paling rendah daripada juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Jalaluddin Hassan selaku juri jemputan.

Semua peserta bertanding diadili sepenuhnya menerusi pemarkahan daripada juri.

Antara para peserta yang layak ke minggu seterusnya pada Konsert Gegar Vaganza Musim 4 minggu kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Sementara itu, buat kali kedua, Elyana dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Gelora Vida Vaganza apabila mempamerkan persembahan menarik menerusi lagu Masih Cinta nyanyian asal kumpulan Kotak.

Barisan peserta yang masih meneruskan perjuangan untuk minggu seterusnya ialah Aishah, Liza Hanim, Hazami, Tia Jinbara, Firman, Haida, Aqasha, Elyana, Syura, Raja Azura dan Lan Kristal.

GV4 yang disiarkan secara langsung oleh sebuah saluran berbayar dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.-Bharian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.