Dakwaan Harga Gas Memasak Naik Palsu – KPDNKK

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyangkal dakwaan harga gas memasak akan dinaikkan.

Dalam kenyataannya, kementerian itu berkata, keratan akhbar yang tersebar di media-media sosial baru-baru ini merupakan berita yang pernah diterbitkan oleh sebuah akhbar Cina pada 2016.

“Dakwaan tersebut amat tidak bertanggungjawab dan telah menyebabkan panik dalam kalangan pengguna tempatan.

“Sekiranya ada sebarang keraguan, pengguna boleh membuat rujukan dengan kementerian bagi memastikan kesahihan sesuatu berita itu sebelum menyebarkannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harga siling bagi gas memasak dalam tong 14 kilogram ditetapkan pada RM26.60. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.