Budak 5 Tahun Ini Menderita Penyakit Maut, Tindakan Ibu Bapanya Ini Amat Menyedihkan

Kisah menyedihkan ini berlaku di Guangdong, China. Seorang ayah meninggalkan anaknya yang masih berusia 5 tahun gara-gara menderita penyakit yang membawa maut..

Rong Rong  disahkan mengalami dehidrasi dan mengalami masalah ketika berdiri. Ternyata, diagnosis doktor itu membuatkan ibubapanya  terkejut. Rong Rong dikatakan mempunyai sebuah tumor yang sangat ganas di rongga panggulnya.

Bagaimanapun, bapanya enggan Rong Rong mendapatkan rawatan lanjut dihospital itu.

Seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post, doktor mengesyaki Rong Rong terkena Orbital Rhabdomyosarcoma, kanser yang jarang menyerang kanak-kanak.

Kemudian dikhabarkan bapa Rong Rong meninggalkan hospital itu dan memberitahu jururawat bahawa dia sedang mencari wang untuk rawatan anaknya. Sejak meninggalkan hospital Ayah Rong Rong tidak lagi muncul selepas itu.

Dia hanya muncul selepas hospital melaporkan kepada polis tempatan. Itupun menerusi panggilan telifon. Dia cuma menyampaikan persetujuannya agar doktor memeriksa Rong Rong lebih lanjut.

Sejak itu bapa Rong Rong tidak mucul kembali Hospital cuba menghubungi bapa Rong Rong, tetapi usaha mereka gagal.

Kini,  keadaan Rong Rong semakin menyedihkan. Keadaan tubuhnya menurun secara mendadak dan membimbangkan, iaitu hanya 15 kilogram. Badannya juga semakin lemah, bahkan Rong Rong tidak mahu makan.

Disebabkan itu, jururawat terpaksa memberikan susu serbuk untuk kanak-kanak malang tersebut. Bukan itu sahaja, kakitangan hospital juga membawa pakaian anak mereka  untuk dipakai oleh Rong Rong.

Pihak hospital kini telah kehilangan hubungan dengan ibu Rong Rong yang dilaporkan mengalami masalah psikologi.

Di bawah undang-undang China, pengendalian untuk kanak-kanak memerlukan persetujuan ibu bapa sebelum diproses. Sebenarnya, pihak rumah sakit boleh membantu dana rawatan Rong Rong, namun itupun memerlukan persetujuan ibu bapanya.

 

Seorang doktor dari rumah sakit mengatakan bahawa tumor budak lelaki itu telah tumbuh begitu besar sehingga hampir mencapai pusatnya. Jangka hayat hidup Rong Rong juga dikatakan tipis.

“Di peringkat akhir kanser, kita akan kehilangan peluang untuk menyembuhkannya,” kata doktor itu.

“Kami tidak tahu sama ada kami masih mempunyai peluang, walaupun operasi itu berakhir, akan ada banyak penjagaan pasca operasi, kami hanya berharap ibu bapanya akan kembali hidup bersama kanak-kanak itu.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.