Berhenti Menipu Semua Orang! – Aliff Aziz

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, 26, berang apabila bakat baharu, Afifah Nasir, masih membuat kenyataan berkaitan dirinya dan isteri, Bella Astillah.

Apatah lagi, kata Aliff, Afifah sehingga kini sering membuat kenyataan palsu kononnya sudah berbaik dengan isterinya dan perkara itu benar-benar membuatkan beliau berang.

“Untuk pengetahuan anda, dia kerap menipu dengan membuat kenyataan palsu demi kepentingan diri. Seperti saya katakan sebelum ini, berkaitan insiden itu (skandal), hanya saya dan dia yang tahu kesalahan kami lakukan. Kerana itu saya berani berkata, segala kenyataannya adalah tidak benar.

“Kalau nak bercakap mengenai diri sendiri, terpulanglah. Begitupun, dia membawa sekali nama isteri saya dalam kenyataannya ketika ditemubual, dan tiada satu pun kata-katanya yang benar. Apa yang dia cuba buktikan?

“Dia juga kononnya menghubungi Bella menerusi WhatsApp bagi menyelesaikan masalah yang tercetus. Jika benar, kenapa dia tidak mahu tunjukkan bukti (perbualan menerusi) WhatsApp itu kepada media?” katanya menerusi entri di Instagram beliau.

Beberapa hari lalu, menerusi sebuah portal, Afifah mengakui sudah berbaik dengan Bella selepas tercetus isu skandal membabitkan beliau dengan Aliff.

Malah, beliau bersedia untuk memaafkan dan melupakan perkara yang lalu, selain mengambil langkah untuk lebih berjaga-jaga.

Selain itu, pelakon drama Aku Bukan Bimbo itu juga bersikap terbuka sekiranya diberi tawaran bergandingan dengan Aliff.

Sementara itu, Aliff menjelaskan, beliau pada mulanya enggan bersuara dalam hal berkenaan. Namun, apabila Afifah masih berterusan memberikan pelbagai kenyataan, beliau juga mahu meluahkan rasa di hatinya.

“Sejujurnya, saya tahu kesilapan diri yang dilakukan sebelum ini. Tetapi, apa yang saya lihat, dia mahu dilihat sebagai orang yang tidak bersalah dengan kenyataan ‘Saya sedia memaafkan..’.

“Ia membuatkan saya tertanya-tanya, siapa yang patut memaafkan sebenarnya? Bella atau dia? Tolonglah hentikan penipuan yang dibut. Saya tahu silap saya. Begitu juga dengan dia,” tegasnya.

Kontroversi membabitkan Aliff, Afifah dan Bella tercetus penghujung Julai lalu apabila isteri artis kelahiran Singapura berkenaan, yang masih dalam pantang, menemui suaminya dan bakat baharu itu di sebuah pusat karaoke.

Insiden berlaku di lokasi terbabit sehingga laporan polis dibuat oleh Bella, mengakibatkan suaminya ditahan pihak berkuasa. Namun, Bella kemudian dilaporkan menarik balik laporan berkenaan dan kedua-duanya tampil pada sebuah sidang media.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.