Video: ‘Bangsat Mana Baling Botol, Tu Bukan Budak Merah!’

PETALING JAYA – Ada di kalangan peserta perhimpunan baju merah bertindak biadap dengan membaling botol air ke arah pihak polis di pejabat Malaysiakini petang tadi.

 

 

Tindakan itu kemudiannya mendapat amaran daripada pasukan polis yang mengawal ketat kawasan pejabat portal berita tersebut namun dinafikan oleh seorang peserta lain yang mengatakan bahawa tindakan ‘bangsat’ itu tidak mungkin dilakukan oleh peserta baju merah.

 

 

Setakat ini tiada tangkapan dibuat berikutan pelakunya tidak dapat dikesan.

 

 

Kira-kira 500 peserta gerakan baju merah diketuai Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos berkumpul bagi mengadakan bantahan di pejabat Malaysiakini.

 

 

Bantahan itu dibuat berikutan Malaysiakini antara nama yang dikaitkan dengan Open Society Foundation (OSF), sebuah yayasan milik penyangak mata wang, George Soros, selain kumpulan Bersih dan beberapa NGO lain yang turut menerima dana sama.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.