Zahiril Anggap Watak Buta, Hadiah Dari Allah SWT

Pelakon Zahiril Adzim menyifatkan watak orang buta yang diperannya menerusi dalam drama Sayap Jibril adalah hadiah dari Allah S.W.T.

 

Zahiril berkata, ia merupakan salah satu cara untuk dia mendekatkan diri kepada agama dan Allah S.W.T, menerusi watak tersebut.

 

“Saya bukanlah orang yang belajar agama secara formal dan tak belajar di sekolah agama. Jadi untuk mendalami ilmu agama saya perlu masuk ke kelas.

 

“Saya anggap peluang melakonkan watak sebagai orang yang berilmu dalam agama sebagai hadiah, ia juga merupakan peluang untuk saya berdakwah menerusi lakonan,” katanya seperti laporan Astro Gempak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.