Video: Buli Pelajar, Jawatankuasa Disiplin MRSM Akan Tentukan Nasib

Pulau Pinang – Jawatankuasa Disiplin Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan akan menentukan tindakan yang akan diambil dalam kes seorang pelajar tingkatan dua MRSM Balik Pulau di sini yang dipukul lapan seniornya, baru-baru ini.


Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Azmi Mohamad berkata, buat masa ini, pelajar tingkatan dua terbabit sudah dipindahkan ke MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Beliau berkata, lapan pelajar yang memukul mangsa juga telah dikenakan tindakan digantung sekolah serta-merta dan boleh dibuang sekolah sekiranya didapati bersalah.

“Perkara ini akan disiasat secara rapi dan terperinci dengan mengambil keterangan semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian hujung bulan lalu, pelajar MRSM Balik Pulau yang berasal dari Selangor, Dinie Shafiz Baharul, 14, dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang setelah cedera dibelasah pelajar seniornya ketika mangsa mencari sepasang kasut bernilai RM400 miliknya yang hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Suprintendan Lai Fah Hin sebelum ini mengesahkan pihaknya sudah mengambil keterangan daripada kelapan-lapan pelajar terbabit.

Menurut beliau, kesemua pelajar itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menafikan dakwaan video kejadian buli pelajar sekolah yang tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu merupakan kejadian sama yang berlaku di MRSM Balik Pulau berkenaan.

“Video klip ini telah pun disiasat sejak Isnin lalu dan kita mendapati tidak berlaku di kawasan Balik Pulau serta tiada kaitan dengan kes yang kita siasat di MRSM Balik Pulau sebelum ini,” katanya.

 

Baca: Pelajar MRSM Digantung Persekolahan Dalam Kes Pukul ‘Junior’ Asrama

 

Baca: Kementerian Sedang Kenal Pasti Sekolah Terlibat

 

Baca: Lagi Rakaman Kes Buli Di Asrama Viral Di Internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.