Sumber Dalaman UMK Dakwa Profesor Plagiat Mohon Letak Jawatan

Oleh: Zulkifli Mat Rawi

Kuala Lumpur – Profesor dan penganalisis politik dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang di dakwa menipu hasil kandungan buku orang lain ketika menyiapkan bab pertama tesis yang dilakukan dikatakan akan meletakkan semua jawatannya di universiti terbabit.

Menurut sumber, beliau dikatakan ingin bertanggugjawab atas tindakan yang dikaitkan ke atasnya sebelum ini dan tidak lagi bertugas di UMK bermula dari 1 November 2014 serta dalam proses untuk mengosongkan biliknya.

Perkara itu juga dikatakan telah dimaklumkan kepada Naib Canselor UMK.

Ekoran pendedahan yang dilakukan sebelum ini, portal SuaraTV menerima maklumbalas positif dari pembaca yang turut sama membantu menyalurkan pelbagai maklumat berhubung salah laku yang dikaitkan dengan invdividu tersebut.

Melalui kiriman email yang dihantar oleh pembaca, sebaik sahaja proses perletakan jawatannya selesai Naib Canselor UMK akan mengumumkan perkara ini bagi mengelakkan fakulti dan pihak universiti berada dalam keadaan cemas dan tidak stabil.

Namun SuaraTV gagal mendapatkan sebarang maklumbalas dari Naib Canselor UMK dan pihak pengurusan universiti.

Malah talian telefon pejabat universiti juga seolah-olah tidak berfungsi walaupun usaha untuk menghubungi mereka yang terbabit bagi mendapatkan komen telah dilakukan sejak pagi tadi.

Melalui pendedahan sebelum ini, beliau dikatakan berhadapan tuduhan plagiat yang serius dalam menyiapkan tesis kedoktoran di salah sebuah universiti di luar negara.

Tindakan itu kemudianya disedari oleh seorang pensyarah dari universiti yang sama yang kemudiannya telah membuat satu laporan polis berhubung perkara itu pada 1 November lalu di balai polis Bachok, Kelantan.

Menurut sumber, pensyarah terbabit mendapati keseluruhan bab pertama tesis tersebut diciplak dari kandungan sebuah buku tulisan orang lain. Hanya istilah-istilah tertentu sahaja di Malaysiakan bagi menyesuaikan dengan tajuk tesis terbabit.

Beliau juga mendakwa terdapat bahan-bahan rujukan untuk tesis tersebut juga datang dari sumber yang tidak sah dan penerbit yang tidak wujud. Pensyarah itu juga khuatir profesor terbabit telah menipu universiti luar negara kerana menggunakan rujukan-rujukan dari Malaysia yang sebenarnya tidak wujud.

Selain itu, pensyarah tersebut juga menulis 155 pertuduhan membabitkan “kecurangan akademik dan pentadbiran” ke atas profesor terbabit termasuk mendakwa beliau mengaku pernah menjadi juri di Cannes film festival .

 

Baca: Gara-Gara Laporan Profesor Dituduh Plagiat, UMK Tutup Akses Website?

 

Baca: Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Untuk Tesis Phd?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.